Friday, 1 June 2012
Doa untuk ibubapa merupakan salah satu dari adab-adab terhadap ibubapa yang terdapat dalam sukatan pelajaran di sekolah.
Sebagai guru mari kita latih dan terapkan anak-anak murid kita agar semuanya boleh membaca dan mengingat seterusnya mengamalkan doa untuk ibubapa setiap hari terutama mendoakan selepas solat.
Moga anak- anak murid kita menjadi anak yang soleh dan solehah.amin.
Sebagai guru mari kita latih dan terapkan anak-anak murid kita agar semuanya boleh membaca dan mengingat seterusnya mengamalkan doa untuk ibubapa setiap hari terutama mendoakan selepas solat.
Moga anak- anak murid kita menjadi anak yang soleh dan solehah.amin.
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua
belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan
perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang
bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi
tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari
tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau
berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk
bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
untuk maklumat lanjut sila rujuk: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/06/kelebihan-bulan-rejab.html
Adab dan akhlak Rasulullah s.a.w.
Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w.,
bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan
tangannya, melainkan dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda
juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke
atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah
dicabuli.
Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa
ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara
keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan
menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan
menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia
merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan)
mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat
masing-masing.
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia
(Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya,
mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau
sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si
Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku
menurut ketentuan dan kadar.
Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada
sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana
sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka
daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera
ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah
bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.
Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana
sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk
menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya
tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja
Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa
saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai
menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula
Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya
orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya
kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua
majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan
perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di
dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah
majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran
masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa
yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia
pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi
nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak
mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga,
sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya,
tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang
berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian,
dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak
pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua
majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :
Adab ber’Doa yang Betul di sisi Islam
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.
4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.
5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.
WALLAHU’ALAM……..
+ Artikel dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud, Blog Mat Suboh dan Blog Firdee untuk perkongsian ilmu kepada umum.
Subscribe to:
Posts (Atom)